والله أعلم بالصواب Wallahu A’lam bishowab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sunday, 7 June 2015

One week gone

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bismillah. 
Alhamdulillah cuti seminggu dah berlalu
Hehe sejujurnya satu habuk homework pun belum sentuh kekekeke. But, in shaa Allah demi lillah akan pulun sehabis baik yeh! In shaa Allah semuanya done okay jangan risau mum sobs sobs ahahaha. Sebabnya tiap masa duh mak asyik pesan siapkan hw hehehe. Btw, holiday kali ni banyaknya habiskan masa dengan phone, shopping, lepak ngan cousin, balik kampung, hahahaha tu lah pasal jangan harap nak sentuh hw apatah lagi buat kuikui. Then idk what to say just rasa mcm dah berkurun tak update this blog. Diri ni pun makin hari makin kecundang. Makin jauh dari Allah. Allahu hm. Moga2 cuti kali ni bermanfaat buat semua and naik sem 2 nanti ada perubahan. Yes, in shaa Allah ;)

Friday, 16 January 2015

Outfit vs manners?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

"Eleh tudung labuh tapi mencarut"
"Eleh pakai handsock stokin bagai tapi couple"
"Eleh beriya je pakai jubah bagai tapi mengumpat no1 mcm dah takde agama"




Psstt-ii.
Amboi seronoknya dok judge orang, awak.
Serious aku kata, tudung is tudung. Apa segala benda yang dia lakukan adalah manners dia. Manners dia based on how iman dia be like.
Bukan salah agama
Bukan salah pakaian
Jangan! Jangan cepat menilai. Jangan cepat menghukum. Kita langsung takde hak nak gantikan tugas Allah. 

If dia mencarut, tu manners dia

If dia bergosip, tu manners dia
If dia bercouple, tu manners dia
If dia mengutuk mengumpat, tu manners dia

Jangan nilai hati budi seseorang based on how dia berpakaian. Based on which agama dia. JANGAN. Sebab apa?


Sebab kita takde hak langsung untuk menilai kebaikan seseorang. Apatah lagi keimanan seseorang. Stop. Tu bukan tugas kita. Bukan amanah kita. So jangan kacau tugas Allah. Kita tunaikan dulu amanah kita dekat Allah. Sayang Allah molek-ii. Sayang agama. Sayang semuanya pasal Islam.


Jadi, apa kata start dari hari ni kita practise husnudzon nak tak?

Husnudzon ni berprasangka baik. Berprasangka baik lah selalu dengan orang sekeliling. Positif sesama ummah, Positif kan pemikiran. Hati pun senang. Allah pun suka. [yedokk? hehe]

Wallahua'lam bishowab.

Moga Allah menyayangi kamu semua. 
[last!] "Outfit is outfit" "Manners is manners" "Religion is religion"

Semoga kita diberi kekuatan untuk mencegah kemungkaran. Cuba nasihat cara baik. Jangan sampai mengaibkan dia. 



Ilalliqo' ^^


Tuesday, 13 January 2015

Sentap berjuta sentap?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah harini dikurniakan sedikit kerajinan untuk menyambung penulisan dalam blog ni. [cewah over kan] sejak dua menjak ni rasa malas sangat nak active dalam social media. Sebab apa? Banyak sebabnya. Mestilah yang side buruk lagi menambun nambun haaa. But! Assif jiddan kepada sesiapa yang bertanya kenapa aku agak senyap dua tiga pat lima nam tujuh menjak ni. Assif juga sebab tak dapat nak answer semua question dekat ask.fm. Tak dapat nak reply message dengan baik. Tak dapat nak bagi respond and answer dengan secepat yang mungkin. Sibuk? Oh mestilah tak ni haa dok sedap goyang kaki melangut masa depan ni haaa [trollface]

Wahai kesayangan sekalian, cuba tengok ni apa. Masha Allah mula-ii wallahi aku sendiri sentap. 360darjah sentap. Sentap yang teramat.




Apa nak jadi?! Apa dah jadi?! Astaghfirullah banyak sangat jahilnya aku. Cacat cela kat semua part. Cuba. Masih mencuba. Mencuba slow-ii. Memanfaatkan sebaiknya peluang yang diberi Allah. Cuba menjadi yang lebih baik buat semua makhluk. Takde terkecuali. Alhamdulillah. Makin meningkat umur ni, makin banyak kesedaran and kebenaran yg mula timbul. Satu-satu tau Allah kasi aku sedar. Makin aku cuba, makin aku berjaya. Berjaya apa? Berjaya lari dari dunia yang melaghakan. Dari dunia yang menyebabkan maruah aku dirobek. Dicela sesuka hati. Apa kes? Oh sudah pastinya tak boleh camtu. Takboleh takboleh. Bila dah sampai sesuatu peringatan, aku tahu apa yang aku patut buat. Alah, dia macam ni tau ;

Haa alah lebih kurang camni lah. Aip, ni bukan nak marah tau. Bukan bukan. Ni nak bagitau yang kita tak sepatutnya menidakkan segala kebanaran. Kebenaran yang terang-terang Allah kasi kat kita. Sekali bila kita dah tersedar, cuba tarbiyah diri kita balik. Cuma tarbiyah iman kita balik.

"Baik ke aku ni?"
"Sihat ke iman aku? Mcm dah nazak sejak dua tiga menjak ni"
"Eh? Ha ahh lah semalam baru buat dosa. Cis bukan semalam, tadi pun banyak kemain aduhmak aku ni teruk betul"

Bila kita dah terbiasa didik iman kita, ingat balik semua dosa yang kita pernah buat. Semua maksiat yang kita buat dekat Allah. Semua dosa yang kita lambakkan depan Allah. In shaa Allah, makin lama kita rasa makin segan nak buat dosa dekat Allah. Makin rasa takut. Bukan takut apa. Takut kalau-ii esok kita dah sampai ajal cemana? Kan susah kan? Nauzubillahiminzalik

Haaa, sementara Allah kasi chance lagi kat kita, cepatlah kejar yopp ampunan dari Allah tu yopp. [Kejor yopp kejor!!] sebab nanti, bila mana pintu taubat dah tertutup, bila mana tanda kiamat semua dah lengkap. Takde guna kita mintak ampun. TAKDE GUNA. Atau dalam kata yang lebih dramatis, [sia-ii] ceh gittew kan.

Dahtu apa tunggu lagi? Allah dah lama usha diri kita ni tau. Dengan pandangan kasih lagi. Tapi kita? Tak baik tau sia-siakan kasih Allah. Apa kata kali ni kita fokuskan sayang kita kat Allah? Kita sayang Allah pulak kali ni okays?

Maziltu fi Hubbik. Assif andai ada terkasar bahasa atau terbuat segala [gurauan manja kekeke] semuanya datang dari Allah. Saya hanya menyampaikan apa yg dirasakan perlu. Syukran sebab sudi baca entry buat kali ni.



Ilalliqo' ^^



Monday, 22 December 2014

"Normal lah kalau orang tak suka"


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dah lama rasanya tak on blog. And im keep deleting all the posts. Dah setahun rasanya. Sibuk? Tak sebenarnya. Aku banyak masa. Banyak sangat alhamdulillah tapi silapnya aku tak manfaatkan sebaiknya hm. 22Disember. Harini dapat result. Reflect atas apa yg aku usahakan selama ni. Alhamdulillah atas rezeki yg Allah bagi. Alhamdulillah semuanya tabah. Alhamdulillah aku pun tabah. Tapi setabah tabah aku, kadang-ii rasa down jugak when my friend be like

"Oh maths aku 9* so aku A lah hihi"

MashaAllah sister, lemah. Lemah semangat aku bila kau kata macam tu, Salah aku ke kalau aku lebih sikit dari kau? Salah ke kasi aku tenang sekejap? Perlu ke kau kata macam tu kat aku sedangkan aku memang lemah dalam subjek tu. Allahu. Sakit sangat rasa. Lagi sakit sebab kau kawan aku. Sahabat baik aku. Dah 8tahun kita bersahabat. Bukan aku tak pernah bersabar tapi kali aku memang tak kuat. Tolong lah. Jangan lah sakitkan hati aku lagi. Cukuplah. Aku sayangkan persahabatan kita. Aku cuba lupakan apa yg terjadi 2tahun lepas. Bergaduh teruknya. Ya Allah aku tak sekuat tu weh nak pendam semuanya. Aku tahu dari kita kecik dulu kau memang saingan hebat aku. Mana-ii exam mesti muka kau rank dengan aku. Aku satu kau dua. Kau dua, aku satu. Tapi tu dulu. Aku sekarang dah jauh sangat dari life kau. Bagilah aku peluang untuk berehat. Berehat dari terus terusan bersaing. Dekat sini aku nak rehat. Cukuplah buat masa ni. Aku penat. Penat jaga hati kau. Risaukan kau. Taknak lost contact dengan kau. Tapi hati aku bukan patung kau. Yg kau ambil bila kau nak. Yang kau buang bila kau bosan. Aku ada hati. Aku ada perasaan. Dari kecik kenal kau. Membesar sama-sama. Membesar depan mata aku. Kau bukan je sahabat. Tapi dah mcm kakak aku. Sampai aku risau sangat apa-ii terjadi kat kau bila kau kat sekolah luar sana. Bila kau jauh dari aku. Bila aku tengok kau bergaul kat sana. Tapi nampaknya kau langsung tak peduli. Langsung tak kisah. Sampai hati kau. 


"Aku sayang kau dunia akhirat. Tolong lah faham aku. Kali ni je aku mintak"