والله أعلم بالصواب Wallahu A’lam bishowab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Tuesday, 13 January 2015

Sentap berjuta sentap?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah harini dikurniakan sedikit kerajinan untuk menyambung penulisan dalam blog ni. [cewah over kan] sejak dua menjak ni rasa malas sangat nak active dalam social media. Sebab apa? Banyak sebabnya. Mestilah yang side buruk lagi menambun nambun haaa. But! Assif jiddan kepada sesiapa yang bertanya kenapa aku agak senyap dua tiga pat lima nam tujuh menjak ni. Assif juga sebab tak dapat nak answer semua question dekat ask.fm. Tak dapat nak reply message dengan baik. Tak dapat nak bagi respond and answer dengan secepat yang mungkin. Sibuk? Oh mestilah tak ni haa dok sedap goyang kaki melangut masa depan ni haaa [trollface]

Wahai kesayangan sekalian, cuba tengok ni apa. Masha Allah mula-ii wallahi aku sendiri sentap. 360darjah sentap. Sentap yang teramat.




Apa nak jadi?! Apa dah jadi?! Astaghfirullah banyak sangat jahilnya aku. Cacat cela kat semua part. Cuba. Masih mencuba. Mencuba slow-ii. Memanfaatkan sebaiknya peluang yang diberi Allah. Cuba menjadi yang lebih baik buat semua makhluk. Takde terkecuali. Alhamdulillah. Makin meningkat umur ni, makin banyak kesedaran and kebenaran yg mula timbul. Satu-satu tau Allah kasi aku sedar. Makin aku cuba, makin aku berjaya. Berjaya apa? Berjaya lari dari dunia yang melaghakan. Dari dunia yang menyebabkan maruah aku dirobek. Dicela sesuka hati. Apa kes? Oh sudah pastinya tak boleh camtu. Takboleh takboleh. Bila dah sampai sesuatu peringatan, aku tahu apa yang aku patut buat. Alah, dia macam ni tau ;

Haa alah lebih kurang camni lah. Aip, ni bukan nak marah tau. Bukan bukan. Ni nak bagitau yang kita tak sepatutnya menidakkan segala kebanaran. Kebenaran yang terang-terang Allah kasi kat kita. Sekali bila kita dah tersedar, cuba tarbiyah diri kita balik. Cuma tarbiyah iman kita balik.

"Baik ke aku ni?"
"Sihat ke iman aku? Mcm dah nazak sejak dua tiga menjak ni"
"Eh? Ha ahh lah semalam baru buat dosa. Cis bukan semalam, tadi pun banyak kemain aduhmak aku ni teruk betul"

Bila kita dah terbiasa didik iman kita, ingat balik semua dosa yang kita pernah buat. Semua maksiat yang kita buat dekat Allah. Semua dosa yang kita lambakkan depan Allah. In shaa Allah, makin lama kita rasa makin segan nak buat dosa dekat Allah. Makin rasa takut. Bukan takut apa. Takut kalau-ii esok kita dah sampai ajal cemana? Kan susah kan? Nauzubillahiminzalik

Haaa, sementara Allah kasi chance lagi kat kita, cepatlah kejar yopp ampunan dari Allah tu yopp. [Kejor yopp kejor!!] sebab nanti, bila mana pintu taubat dah tertutup, bila mana tanda kiamat semua dah lengkap. Takde guna kita mintak ampun. TAKDE GUNA. Atau dalam kata yang lebih dramatis, [sia-ii] ceh gittew kan.

Dahtu apa tunggu lagi? Allah dah lama usha diri kita ni tau. Dengan pandangan kasih lagi. Tapi kita? Tak baik tau sia-siakan kasih Allah. Apa kata kali ni kita fokuskan sayang kita kat Allah? Kita sayang Allah pulak kali ni okays?

Maziltu fi Hubbik. Assif andai ada terkasar bahasa atau terbuat segala [gurauan manja kekeke] semuanya datang dari Allah. Saya hanya menyampaikan apa yg dirasakan perlu. Syukran sebab sudi baca entry buat kali ni.



Ilalliqo' ^^